Posted on November 27, 2008 by barizanif
Salam kepada semua pembaca budiman..
Dah beberapa hari saya tidak post artikel dalam blog ni.. Sebabnya saya mendapat demam selsema dan hampir beberapa hari ambik MC. Bila dah sembuh, anak dan isteri pulak yang demam.. Takpa lah, tu semua ujian dari Allah, kena bersabar la banyak-banyak…
Baiklah, berkenaan tajuk post kat atas tu iaitu Produk Fizikal Mudah Dijual… memang betul!! Jika anda memang mempunyai hasrat untuk berniaga produk fizikal secara online, terdapat satu RAHSIA yang dapat melariskan jualan anda. Jika anda nak tahu apakah rahsia tersebut, jadi dapatkan segera dari Shuth iaitu ebook Rahsia Menjual Produk Fizikal Di Internet.
Potensi untuk berjaya dan menjana pendapatan melalui perniagaan produk fizikal di internet, adalah sangat tinggi dan cerah. Ia adalah satu peluang yang sangat bernilai bagi usahawan-usahawan internet. Anda memang sangat rugi jika anda melepaskan peluang untuk mendapatkan ebook tersebut, kerana tip dan panduan yang dinyatakan oleh Shuth adalah hasl dari pengalamannya selama 3 tahun… diulangi.. 3 tahun!! Adakah anda sanggup untuk mencari pengalaman sendiri selama 3 tahun berbanding berkongsi pengalaman mereka yang telah melaluinya. Dan terbukti mereka memang telah berjaya.
Jadi, jangan tunggu lagi… Dapatkan segera ebook Rahsia Menjual Produk Fizikal Di Internet sekarang juga!
Salam,
Barizanif.
Filed under: Petua/Tips | Tagged: blog, demam, internet, MC, rahsia, Rahsia Menjual Produk Fizikal Di Internet, Shuth, Usahawan | Leave a Comment »
Posted on November 21, 2008 by barizanif
Salam kepada semua usahawan internet…
Hari ni merupakan penghulu segala hari dimana semua umat Islam wajib menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid-masjid seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud: “Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang“.
Apa yang menarik di masjid tadi ialah terdapat beberapa orang jemaah yang mempunyai semangat budayaniaga yang progresif di mana mereka telah membuka gerai-gerai menjual produk-produk kesihatan dan buku-buku ilmiah sebelum bermulanya khutbah Jumaat. Walaupun mereka menjual berbagai produk yang mendapat sambutan yang baik dari jemaah yang lain, akan tetapi apabila tiba waktu solat, semua barang-barang tadi ditinggalkan tanpa sebarang jagaan… akan tetapi itulah yang termaktub di dalam ayat 9 surah al-Jumu’ah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah(sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Oleh itu, wahai sahabat-sahabat usahawan… walau macam mana maju pun perniagaan kita, janganlah sekali-kali kita lupakan Allah SWT kerana dialah Pemberi Rezeki. Wallahu’alam.
Salam,
Barizanif.
Filed under: Pelaburan & Perniagaan | Tagged: Allah, budaya niaga, Fardhu, ilmiah, Jumaat, kesihatan, khutbah, menang, produk, progresif, rezeki | Leave a Comment »
Posted on November 19, 2008 by barizanif
Alhamdulillah, pagi tadi saya dah dapat email dari pihak Zangocash yang menyatakan permohonan saya dah diluluskan. Lepas ni saya boleh tumpu untuk promosi laman web saya.. dan seterusnya menjana income berterusan. Akhirnya, saya dah berjaya menghasilkan pendapatan kedua dari internet selain dari eBay. Dan yang paling penting, apa yang saya pelajari dari saudara Alang melalui Rahsia Zango mula membuahkan hasil. Terima kasih Alang! Anda bila lagi? Jangan tunggu lagi… Untuk mengetahui rahsia bagaimana untuk menjana pendapatan berterusan melalui Zangocash dapatkan segera ebook Rahsia Zango tulisan Alang. Saya syorkan 100% dan anda tidak akan rugi..
Filed under: Pelaburan & Perniagaan | Tagged: 100%, Alang, eBook, email, income, jana wang, pakej, pendapatan berterusan, promosi, Rahsia Zango, untung, Zangocash | Leave a Comment »
Posted on November 17, 2008 by barizanif
Ni amp lama sahabat saya. Kira tahap antik dah ni. Rasanya boleh jual tak kat eBay? hehehe…
Filed under: Pelaburan & Perniagaan | Tagged: amplifier, antik, beli, ebay, jual, kawan, sahabat | Leave a Comment »
Posted on November 15, 2008 by barizanif
Malam tadi saya berpeluang menonton perlawanan bolasepak Barclays Premier League diantara Man Utd vs Stoke City. MU menang besar… 5 – 0. Apa yang saya nampak dalam perlawanan tersebut ialah semua pemain MU sangat bekerjasama, bersungguh-sungguh dan kreatif untuk memenangi game tersebut. Hasilnya mereka telah menang besar pada malam tadi.
Semangat yang telah ditunjukkan oleh anak buah Alex Ferguson ternyata telah membuahkan hasil yang cukup ‘lumayan’.. dimana semangat yang demikianlah patut kita contohi tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Minda cemerlang adalah satu titik noktah yang dapat menghasilkan momentum yang sangat kuat bagi menggerakkan jasad fizikal kita menuju ke arah kejayaan yang gemilang.
Ramai orang yang hendak kaya dan berjaya dalam perniagaan mereka, tetapi adakah mereka telah menyediakan minda mereka ke arah itu? Jika hanya berangan-angan kosong dan goyang kaki sahaja maka mimpilah mereka untuk menjadi orang kaya atau usahawan yang berjaya. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu, jangan bertangguh lagi, tambah ilmu di dada, kreatif, inovatif dan yang terakhir… berserahlah pada Allah swt.
Salam,
Barizanif.
Filed under: MyStory | Tagged: alex ferguson, Barclays, giggs, inovatif, kaya, kreatif, lumayan, Manchester United, menang, minda cemerlang, momentum, premier league, ronaldo, stoke city, Usahawan, wang | Leave a Comment »