Salam kepada semua pembaca Barizanif’s blog…
Sedar tak sedar, kita dah nak sambut Hari Raya Korban lagi. Walaupun berlaku berbagai tragedi dan malapetaka yang diwar-warkan melalui media masa saban hari, akan tetapi kita hendaklah terus bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Korban banjir di negeri pantai Timur, tanah runtuh di Ulu Yam Perdana dan bukit Antarabangsa merupakan ujian daripada Allah terhadap hamba-hambaNya.. Jadi, seharusnya kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan telah berlaku. Janganlah kita yang menjadi punca kerosakan di muka bumi ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf zahir dan batin…
salam,
Barizanif
Filed under: Kisah Teladan | Tagged: Aidiladha, Allah, Antarabangsa, Barizanif, Hari Raya, media, Timur, tragedi, Ulu Yam














