Posted on January 6, 2009 by barizanif
Salam,
Kepada semua pembaca harap maklum bahawa url web ini telah ditukar kepada http://barizanif.com. Untuk mengikuti update dan post yang terbaru sila layari url di atas. Sekian, terima kasih.
salam,
Barizanif
Filed under: MyStory | Leave a Comment »
Posted on January 3, 2009 by barizanif
Salam kepada semua pembaca Barizanif’s Blog…
Saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua.. Mood tahun baru masih lagi dirasai walaupun dah 3 hari kita menjengah ke tahun 2009. Jadi saya rasa sebahagian besar dari anda semua pasti ada berazam dengan azam2 baru, kan?
Tak ketinggalan jugak saya sendiri yang telah meletakkan beberapa sasaran untuk menjana pendapatan dari internet dengan lebih konsisten. Saya meletakkan matlamat untuk memperolehi pendapatan 5 angka menjelang hujung tahun ini, insyaAllah. Beberapa teknik yang telah saya praktikkan adalah hasil dari pembacaan ebook hasil nukilan beberapa IM berpengalaman dalam negara kita dan juga antarabangsa. Dan apa yang telah saya praktikkan tersebut telah menghasilkan pendapatan yang sangat menakjubkan! Saya sendiri tidak menyangka teknik2 dan rahsia2 yang telah saya pelajari dari para IM tersebut akan menghasilkan pendapatan yang sungguh mengujakan.. Rahsia2 dan teknik2 tersebut akan saya kongsikan dengan anda semua dalam post saya selepas ini, insyaAllah… Jadi tunggulah dengan sabar ye…InsyaAllah anda juga pasti akan memperolehi income seperti saya atau mungkin lebih!!
salam,
Barizanif
Filed under: MyStory | Tagged: 2009, azam, eBook, income, pendapatan, rahsia, tahun baru, teknik, wang | 1 Comment »
Posted on December 15, 2008 by barizanif
Tip-tip yang penulis akan kongsikan juga sesuai untuk diaplikasikan dalam hubungan antara pasangan kekasih.
1-Jika pasangan anda melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan jangan terus marah. Cari masa yang tenang untuk menerangkan kesilapannya.
2-Jika ia satu kesilapan atau kerana terlupa ambil sikap memaafkannya.
3-Jika anda, tanpa mengira suami atau isteri, melakukan kesalahan atau kesilapan maka hendaklah segera memohon maaf kepada pasangan anda. Dalam hal ini terdapat suatu sikap yang tidak baik di kalangan segelintir suami yang mahukan isteri meminta maaf meskipun suami yang memulakan pergaduhan.
4-Jika pasangan anda sedang di dalam keadaan marah atau mengeluarkan perkataan yang provokatif jangan sekali-kali membalas dengan sikap dan perkataan yang dapat menambahkan lagi provokasinya.
5-Jika dengan secara tidak semena-mena pasangan anda telah melakukan sesuatu perkara yang dapat menyebabkan anda menjadi terlalu marah maka cuba kawal dahulu perasaan tersebut dengan cara menjauhkan diri darinya.
6-Segera berwuduk jika anda rasa tidak dapat lagi mengawal perasaan marah anda*.
*Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad.
P.S. (Artikel dari buku Kaunseling Perkahwinan menurut Perspektif Islam)
salam,
Barizanif.
Filed under: Petua/Tips | Tagged: hadis, kaunseling, maaf, marah, panduan, pertengkaran, rumahtangga, silap, suami isteri, tips, wudu | Leave a Comment »
Posted on December 7, 2008 by barizanif
Salam kepada semua pembaca Barizanif’s blog…
Sedar tak sedar, kita dah nak sambut Hari Raya Korban lagi. Walaupun berlaku berbagai tragedi dan malapetaka yang diwar-warkan melalui media masa saban hari, akan tetapi kita hendaklah terus bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Korban banjir di negeri pantai Timur, tanah runtuh di Ulu Yam Perdana dan bukit Antarabangsa merupakan ujian daripada Allah terhadap hamba-hambaNya.. Jadi, seharusnya kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan telah berlaku. Janganlah kita yang menjadi punca kerosakan di muka bumi ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf zahir dan batin…
salam,
Barizanif
Filed under: Kisah Teladan | Tagged: Aidiladha, Allah, Antarabangsa, Barizanif, Hari Raya, media, Timur, tragedi, Ulu Yam | Leave a Comment »
Posted on December 2, 2008 by barizanif

Salam untuk semua pembaca,
Peluang untuk anda memasarkan produk fizikal di internet kini telah menjadi sesuatu yang sangat mudah dengan adanya Pakej Niagakit. Setelah membuat pertimbangan dan perbincangan bersama beberapa orang sahabat, saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan Niagakit bagi memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan kaum Hawa. Jika anda ingin melihat contoh kedai online tersebut, ianya boleh dilayari di: http//www.anggunkarya.com
salam
Barizanif.
P.S. Untuk makluman anda, kedai online saya masih belum dimasukkan sebarang produk kerana masih menunggu sistem baru yang dikemaskini oleh pihak admin Pakej Niagakit.
Filed under: Pelaburan & Perniagaan | Tagged: pakej, produk, AnggunKarya, kedai online, Hawa, Niagakit | Leave a Comment »